Ahlan Wasahlan

Sunday, 13 October 2013

9 Zulhijjah -->> Kelebihan Puasa Hari Arafah

 ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad

Assalamualaikum Hi.

InshaaAllah lusa kita semua umat Islam akan menyambut hari raya Haji Aidiladha :')
So maknanya esok kann, 9 Zulhijjah 1434 Hijrah yang bersamaan 14 Oktober 2013 means hari Arafah lahh. Yeahh! So eksaited lah titew :B 
Terlebih gedik pulakk.. Huhu

Hmm malam ni aku nak share pasai fadhilat puasa hari Arafah ni tau. 
--->>  For your information dear tourist, hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah diwajibkan di padang Arafah untuk waqaf disana, kita mean like me yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji disyorkan and teramat sangat digalakkan untuk berpuasa pada hari tersebut. Kedatangan bulan ni cuma datang hanya sekali dalam setahun tau. So jangan sia-2 kan ye sayang-2 sekalian. Peace ^_^




Disini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama ---->>>
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? Maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya: Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi) 

Antara kelebihan lainnya bagi puasa sunat Arafah ialah:---

1)  Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:
َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”
(HR Muslim)
2)  Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah.  [baca sini]
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا:  يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟  قَالَ:  وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: ”Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”
(HR al-Bukhari)
3)  Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka.
Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة
“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”
(HR Muslim)



Untuk tambahan pengetahuan, para jemaah haji tidak disunatkan berpuasa. Semoga Allah sentiasa memberi kita hidayahuntuk melaksanakan ibadah puasa sunat serta dapat mengecapi kelebihan tersebut <3 inshaaAllah Aminn :')

Sekian dahulu entry kali ini.
Salah silap mohon dimaafkan!

(:  Kbai, Te Amo :)
smileys

<3 Assalamualaikum <3

COPYRIGHT from Atikah Abdullah Facebookers

No comments:

Post a Comment