Powered By Blogger

Monday 24 November 2014

Selesai Jambori UiTM Johor 2014



Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Syukur. Hanya untuk Dia dipanjatkan rasa syukur ni. 
Walau syukur aku belum cukup sempurna. Aku perlu didik dari hari ke hari. 

Setiap detik---

Tamat sudah Pentauliahan KESATRIA.
Jambori Tahunan Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor Siri10/2014
Yang berlangsung secara rasminya dari 10/10-16/10/2014

Aku turut tersenyum lega kerna aku juga salah seorang dari PESERTA Jambori tersebut.

Taksangka lepas kejayaan KKEC, UiTM Kedah sendiri yang menjadi tuan rumah. 
Kejayaan juga turut dirangkul oleh UiTM Kedah dalam acara rempuh halangan yang mendapat tempat kedua.
Dalam acara pertandingan Kawad Kaki, UiTM Kedah telah mendapat tempat yang ketiga. Mungkin rezeki tak menyebelahi UiTM kami dalam acara kebudayaan. Kami berpeluang mendapat tempat yang kesepuluh dari 14 Kontinjen.

Kesemua acara ini telah disertai seluruh UiTM SeMalaysia kecuali UiTM Sabah iaitu 14 Kontinjen.

Tipulah, kalau aku cakap yang aku tak sebak bila diumumkan kedah turut menang selepas susah payah.
Walaupun secara jujurnya kami cuma berlatih dalam seminggu lebih. Ia bukan perkataan 'cuma'. 
Kami telah buktikan yang kami juga kuat walau banyak juga dugaan yang datang. Itu tak menjadikan kami lemah.

Tuan pernah pesan--"Jadikan apa yang jadi serta berlaku itu mempunyai hikmah yang tersendiri. Kita takpernah tahu akan perancangan Allah. Dia Maha Kaya"

pengalaman yang aku dapat bukan percuma tapi tak ternilai dengan wang-ringgit. Besar sungguh pengalaman ni.
SubhanaAllah. Alhamdulillah. Allahu

Sampaikan aku sendiri taksangka yang aku boleh menangis bila diumumkan yang pertandingan kawad kaki top-three. SubhanaAllah. Sebab aku rasa aku yang mencacatkan kawad tu. Aku da cuba yang terbaik. Hebat perancangan Yang Maha Esa. Dia Maha Mengetahui. Tanpa aku sedar. Kami semua bersorak gembira. 

--Siap ada video yang da diupload dalam Youtube. Korang kalau nak tengok. Taip je Kawad Kaki Jambori 2014 - UiTM Kedah. By the way semua kampus ada dalam upload. Korang just choose/klik kampus mana okay :)

Ya Allah--
sungguh aku rindu akan suasana tu.

Lepas ni ramai da yang da grade sebab ramai antara komander yang sampai sem5 dan still ada yang sampai sem6. Kebanyakan yang join Pentauliahan ni batch aku sendiri. Siri 11 tahun 2012.

Kami ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda Kesatria. Seramai 420 orang yang ditauliahkan sampai masuk paper. Allah beri aku nikmat merasa ini semua. Pangkat tak penting tapi yang penting dapat merasa pengalaman tu sendiri. Kaki sampai bengkak, lebam, melecet. Ada tu sampai bernanah. Berbalut tangan. Aktiviti yang ekstrem.

Pegawai kami sempat berpesan--- "Kamu sekarang seorang pegawai. Tunjukkan identiti sebagai pegawai. Bukan lagi seperti komander yang dulu"

Rasa awkward sangat bila dipanggil dengan panggilan 'Puan'. Rasa berat tanggungjawab ni. Sebab nya aku terlalu banyak kekurangan. Yang perlu aku fokuskan sekarang adalah akademik yang perlu dikejar. Banggakan mak abah. Betulkan nawaitu. Niat itu penting. Kerna Allah, tikah. Lantakkan orang nak kata apa. Sebab mulut memang terlalu ringan untuk berkata-kata.

Motivasi untuk diri sendiri---
Jangan baik silalah diikut tapi yang yang tak baik. 
Tegurlah. 

Aku terlalu banyak khilaf. Blog ni memang public. Salah silap mohon dimaafkan.



#latihanjambori sebelum kami semua gelap


Bergambar bersama Mejar (K) Azmil serta roomates yang dikasihi :)
Salah satu scene acara merempuh halangan. Test tembok.
#jambori2014




yeayy, Nah!
Ini hasilnya menjadi gelap


Sempat aku berposing sebelum masuk padang kawad.
kbai






Okay. Okay. Okay.
Ini antara gambar yang sempat upload.

Pada sesiapa yang berminat nak join komander. 
Sangat digalakkan. Stamina korang kena jaga selalu.
Jangan takut jadi golap. Kalau tak nanti 'menyosa' pulak. Hihi

Kbai. Assalamualaikum. 
Jaga diri selalu. Ingat Allah. 
Ingat mak-abah :D

No comments:

Post a Comment